Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Agihan Bakul Aidilfitri Ceriakan 30 Penduduk Kampung Gading

By 19 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad (Pasir Mas)

PASIR MAS, 19 Mac (MalaysiaAktif) –  Seramai 30 orang penerima dari Kampung Gading, Meranti menerima sumbangan bakul Aidilfitri bagi membantu persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri menerusi program yang diketuai Pengerusi Persatuan Penduduk Bakong Bestari, Ir. Sabri Mat Deris.

Ahli jawatankuasa program sedang mengangkat barangan untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Kampung Gading

Inisiatif ini dijalankan sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat, khususnya golongan yang memerlukan, bagi memastikan mereka turut merasai kegembiraan Aidilfitri sekaligus membuktikan semangat kebersamaan dan nilai kasih sayang dalam komuniti setempat.

Menurut Sabri, program ini bukan sahaja meringankan beban penerima, malah turut mengukuhkan hubungan silaturahim antara persatuan penduduk dan komuniti setempat.

Salah seorang penerima, Mohamad Awang, 64, berkata bantuan bakul Aidilfitri itu membantu meringankan perbelanjaan keluarganya menjelang sambutan Hari Raya.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur atas sumbangan ini. Bantuan seperti ini sangat bermakna buat kami sekeluarga,” katanya.

Usaha seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

-AA-

Tinggalkan komen anda