Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Great British Circus Pukau Warga Kuching

By 24 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery (Sarawak)

KUCHING, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Suasana Dataran Perayaan Petra Jaya Stadium Sarawak bertukar meriah apabila pengunjung pelbagai kaum menyaksikan kehebatan Great British Circus dari United Kingdom, Sabtu.

Priscilla Lo (kanan) meluangkan masa menyaksikan persembahan Great British Circus buat kali pertama di Dataran Perayaan Petra Jaya bagi mengisi cuti kelepasan am.

Sesi jelajah sarkas tersebut menjadi daya tarikan keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersempena cuti kelepasan am Hari Raya Aidilfitri.

Bagi pengunjung, Priscilla Lo, 40, perjalanan selama 30 minit ke stadium merupakan satu pelaburan berbaloi untuk merasai pengalaman pertama menyaksikan sarkas secara langsung.

Pertunjukan bertemakan Legend Of The Sea memukau penonton dengan gabungan aksi akrobatik dan lagak ngeri yang menampilkan keberanian serta ketangkasan fizikal para penghibur.

Seorang lagi pengunjung, Khairlida Sanchis, 38, memuji disiplin dan kerja berpasukan yang menjadi tunjang kehebatan persembahan sarkas kali ini.

Khairlida menyifatkan persembahan bertema tersebut lebih menarik kerana sarat dengan mesej positif dan nilai-nilai murni.

Khairlida Sanchis (kiri) antara warga Kuching yang hadir menyaksikan persembahan Great British Circus bertemakan Legend Of The Sea di Dataran Perayaan Petra Jaya, Sabtu.

“Seni jugel dan komedi mampu mencuit keterujaan ibu bapa dan mengundang gelak ketawa penonton cilik, manakala sesi interaksi bersama penonton mewujudkan suasana lebih bertenaga,” katanya.

Secara keseluruhannya persembahan sarkas ini bukan sahaja menyajikan hiburan semata-mata, malah berperanan sebagai ejen penyatuan masyarakat.

Di sebalik aksi mendebarkan, ia turut menyemai nilai keberanian, kreativiti dan keyakinan tinggi dalam kalangan generasi muda.

Persembahan tersebut turut membuka mata masyarakat terhadap kepelbagaian budaya dunia melalui aksi yang dipersembahkan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda