Skip to main content
Berita TempatanSarawak

BCCA Perkukuh Suara, Kebajikan Komuniti Cina Bau

By 2 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly (Bau)

BAU, 2 April (MalaysiaAktif) – Penubuhan The Bau Chinese Community Association (BCCA) menjadi langkah signifikan memperkukuh peranan serta kebajikan masyarakat Cina di daerah ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Laut dan Sungai) Sarawak Datuk Henry Harry Jinep berkata kewujudan platform rasmi tersebut mampu menyatukan komuniti serta menjadi medium penting dalam menyelaras keperluan masyarakat kepada pihak berkepentingan.

“Cadangan penubuhan persatuan tersebut diutarakan seawal tahun 2025 sebagai usaha memperkasakan pembangunan sosial dan ekonomi komuniti setempat,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam kesyukuran penubuhan persatuan itu, di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Daerah Bau Eddy Nayoi dan Ketua Polis Daerah Bau Supt Haide Abd Rahman yang sekali gus menyerlahkan kepentingan BCCA sebagai jambatan antara komuniti dengan pihak pentadbiran.

BCCA berjaya memperoleh kelulusan rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 14 Julai 2025 menerusi kerjasama dan komitmen pelbagai pihak.

-RJ-

Tinggalkan komen anda