
Laporan/foto: Mohd Fauzan Mahari (Bachok)
BACHOK, 3 Apr (MalaysiaAktif) – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyampaikan sumbangan kepada 100 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan pada Majlis Serahan Sumbangan Aidilfitri 2026/1447H di Ar-Rahnu YAPEIM Beris Kubor Besar, di sini semalam.

SK Beris Kubor Besar turut menerima bantuan Aidilfitri daripada YAPEIM.
Sumbangan membabitkan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bachok dan SK Beris Kubor Besar berjumlah RM16,000 itu sebagai usaha YAPEIM dalam meringankan beban keluarga penerima serta memberi motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang.
Timbalan Ketua Jajahan Bachok Hasanul Hariz Abdullah Zawawi berkata bantuan itu bukan hanya sekadar meringankan beban kewangan penerima semata-mata.
“Ia sebaliknya menjadi suntikan semangat kepada pelajar untuk terus berusaha dalam pelajaran,” katanya ketika berucap menyempurnakan majlis berkenaan.
Program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif YAPEIM dalam memperkasa pembangunan ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan di peringkat setempat.
-RI





