Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pulut Panggang Kampung Hilir Pikat Pengunjung Luar Sibu

By 5 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharifah Robiah (Sibu)

SIBU, 5 April (MalaysiaAktif) – Aroma pulut panggang yang harum di Kampung Hilir menjadikan hidangan tradisi tersebut sebagai antara tarikan utama yang memikat pengunjung tempatan mahupun dari luar daerah ini.

Hidangan yang dipanggang di atas bara api itu kini menjadi antara ikon makanan tradisional yang sinonim dengan identiti bandar Sibu.

Penyediaan makanan warisan ini telah dipertahankan oleh empat generasi sejak tahun 1980 dengan mengekalkan resipi asli keluarga.

Usaha mengekalkan kualiti selama lebih empat dekad membuktikan hidangan tradisional masih mendapat tempat istimewa dalam kalangan masyarakat.

Menurut pengusaha, Hamdan Noor, 49, sambutan terhadap hidangan tersebut sangat menggalakkan sehingga menerima tempahan dari pelbagai daerah di seluruh Sarawak.

“Kami tetap mengekalkan cara penyediaan tradisional kerana di situlah terletaknya keunikan dan rasa asli pulut panggang ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Hilir, di sini kelmarin.

Hamdan menjelaskan keistimewaan hidangan itu terletak pada penggunaan tiga bahan asas iaitu beras pulut, santan dan garam yang menghasilkan tekstur lembut serta rasa berlemak.

Pelanggan mempunyai pilihan untuk menikmati pulut kosong yang dijual pada harga RM1.50 sebatang atau pulut sambal berharga RM2 sebatang.

Lokasi gerai yang terletak di tepi jalan utama memudahkan orang ramai singgah untuk menikmati keaslian cita rasa warisan yang kekal hingga ke hari ini.

-RJ-

Tinggalkan komen anda