Skip to main content
Berita TempatanSarawak

PPWS Perkukuh Kesedaran Kesihatan Mental Melalui Program Pencegahan Bunuh Diri

By 5 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Priscilla Kathy Paul (Serian)

SERIAN, 5 April (MalaysiaAktif) – Pendekatan melalui ceramah dan aktiviti interaktif dalam Program Intervensi Kesedaran dan Pencegahan Bunuh Diri berupaya membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai isu tersebut.

Wendy berharap agar Program ini diharap dapat mengurangkan stigma, tingkat kesedaran seterusnya selamat nyawa melalui tindakan awal serta sokongan berterusan.

Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Serian Wendy Peter Kiang berkata aktiviti berkenaan mampu membina masyarakat yang lebih peka dan tidak menghakimi individu yang berdepan masalah kesihatan mental.

“Kami berharap agar program seperti ini dapat mengurangkan stigma, meningkatkan kesedaran dan seterusnya menyelamatkan nyawa melalui tindakan awal serta sokongan berterusan,” katanya ketika ditemui di Dewan Masyarakat Serian, di sini semalam.

Wendy berkata program tersebut merupakan inisiatif terancang untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai isu kesihatan mental serta mengesan individu berisiko.

Program anjuran PPWS Cawangan Kuching/Samarahan itu menghimpunkan seramai 50 peserta yang terdiri daripada pengerusi dan ahli persatuan di daerah ini.

Sesi yang berlangsung selama setengah hari itu diisi dengan tiga ceramah utama iaitu Memahami Kesihatan Mental dan Bunuh Diri, Menangani Tekanan dan Emosi serta Peranan Komuniti dalam Mencegah Bunuh Diri.

-RJ-

Tinggalkan komen anda