Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pesta Songkran Daerah Sik Medium Eratkan Hubungan Pelbagai Kaum

By 9 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusmila Yusof (Sik)

SIK, 9 April (MalaysiaAktif) – Usaha komuniti Siam Kampung Begia yang menganjurkan Sambutan Pesta Songkran sebagai medium mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum wajar diberikan pujian, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek.

Bau Wong Bau Ek menyampaikan ucapan perasmian Pesta Songkran Daerah Sik.

“Program kebudayaan seperti ini wajar diteruskan agar dapat memperkukuhkan lagi perpaduan,” katanya ketika meyempurnakan majlis perasmian, kelmarin.

Bau Wong Bau Ek turut mengingatkan komuniti Siam agar sentiasa memastikan penggunaan sumber air yang bersih sepanjang sambutan berlangsung, memandangkan elemen air merupakan simbol utama dalam Pesta Songkran.

Sambutan Pesta Songkran di Wat Thaichareon Kampung Begia berlangsung meriah selama tiga hari bermula Ahad hingga Selasa lepas dengan kehadiran masyarakat setempat serta pelawat sekitar daerah ini.

Ia sebagai usaha mengekalkan warisan budaya masyarakat Siam di samping memperkukuh perpaduan komuniti melalui pelbagai aktiviti tradisi yang dianjurkan sepanjang program.

Pegawai dan kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Sik turut hadir ke majlis perasmian Pesta Songkran Peringkat Wat Thaichareon Kampung Begia, Sik.

Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Sik, Ia Lun Enden Chen, berkata sambutan tahun ini diadakan mengikut tarikh tradisi lama iaitu bermula pada 5 April sebagai langkah memelihara keaslian budaya masyarakat Siam di kawasan berkenaan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk upacara keagamaan sebagai tanda kesyukuran, persembahan kebudayaan yang menampilkan identiti masyarakat Siam.

Penganjuran Pesta Songkran ini bukan sahaja berjaya memeriahkan suasana komuniti setempat, malah menjadi platform penting dalam memelihara warisan budaya serta mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

-RI

Tinggalkan komen anda