
Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan/Badri Jusoh
KUALA NERUS, 9 April (MalaysiaAktif) – Usaha penanaman buah tin secara komersial di Kampung Bukit Kandis menerusi projek Pusat Figura Tin mula menunjukkan hasil memberangsangkan apabila pengusahanya berjaya melaksanakan penuaian pertama pada Januari lalu.

Syed Danish memainkan peranan penting dalam pengurusan dan penjagaan tanaman.
Projek yang bermula pada Ogos 2025 itu melibatkan penanaman 80 jenis buah tin dengan jumlah keseluruhan sebanyak 216 pokok.
Selain memasarkan buah segar, Pusat Figura Tin turut menawarkan anak pokok kepada pelanggan yang berminat untuk menanam sendiri di rumah.
Menurut anak pengusaha, Syed Danish Syed Abu Bakar, projek berkenaan dimulakan dengan modal awal sekitar RM130,000 serta mendapat sokongan padu daripada ahli keluarga.

Nurul Akma menunjukkan buah tin yang dibeli terus dari Pusat Figura Tin.
Seorang pembeli, Nurul Akma Ab. Ghani, 38, berkata beliau tertarik untuk membeli buah tin di situ selepas melihat perkongsian mengenainya di Facebook.
“Buah tin ini bukan sahaja sedap, malah mempunyai pelbagai khasiat. Saya terus membuat pembelian untuk keluarga selepas melihat perkongsian tersebut,” katanya.
Syed Danish berharap Pusat Figura Tin akan terus berkembang dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai individu untuk menceburi bidang pertanian moden, khususnya dalam penanaman buah tin yang semakin mendapat permintaan di pasaran tempatan.
-RI





