
Laporan/foto: Wee Kim Been (Machang)
MACHANG, 9 April (MalaysiaAktif) – Emas terus menjadi logam berharga pilihan ramai kerana sifatnya yang tidak berkarat, lembut, mulur dan dianggap simbol kekayaan.

Antara koleksi Gold Bar 50 gram dengan pelbagai jenama kesukaannya, dan yang pasti ianya tetap emas tulen 999.9 ( 24 K ) dan apabila berlaku jual beli, penyusutan sekitar 6 hingga 7 peratus sahaja.
Antara jenis emas popular ialah emas 999.9 (24K), paling tulen untuk pelaburan; emas 916 (22K), pilihan utama untuk barang kemas; emas 835 (20K), digunakan bagi perhiasan tradisional; dan emas 750 (18K), sesuai untuk barangan kemas bertatah permata.
Mengikut maklumat harga semasa yang dipaparkan oleh Public Gold Malaysia, nilai emas 999.9 (24K) kekal dipengaruhi oleh pergerakan pasaran global dan sentimen ekonomi semasa.
Harga emas menunjukkan perubahan dari semasa ke semasa, selaras dengan faktor seperti ketidaktentuan geopolitik, kadar inflasi dan permintaan pelabur terhadap aset selamat.
Menurut Tan Chu Lui, 45, pencinta emas sejak awal 20-an, beliau terus menambah gram (g) emas walaupun berlaku penurunan harga sekitar 14 peratus kepada RM657 per gram.

Bagi yang menyimpan emas sekiranya terdesak dan berlaku darurat kewangan, mereka terus ke pajak gadai ataupun ke kedai-kedai emas untuk melakukan urusan gadaian mahupun jual beli yang sah.
“Harga naik atau turun, minat saya tetap sama,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.
Bagi Ruslina Jaffar, 50, emas 916 (22K) menjadi pilihan untuk koleksi dan simpanan jangka panjang walaupun risiko penyusutan 30–40 peratus semasa dijual ketika kecemasan kewangan.
Katanya, budaya menabung emas perlu diterapkan sejak kecil, sama ada melalui akaun institusi kewangan berdaftar atau pembelian fizikal di kedai emas berlesen bagi mengelak risiko penipuan.
-RI





