
Laporan/foto: Amiruddin Adli/Fatihayatul Sadi (Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 14 April (MalaysiaAktif) – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) bukan sekadar acara ritual, sebaliknya menjadi medan penting dalam membentuk generasi yang benar-benar menghayati al-Quran, kata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Tetamu kehormat yang hadir menyanyikan lagu Negaraku.
“Keunikannya ialah kerana membaca, menghafaz, mengamal, menghayati sehingga ia menjadi suatu yang tertanam di dalamnya roh dan memberikan keberkatan dan kekuatan,” katanya ketika merasmikan MTHQK 1447H/2026M, di sini malam tadi.
Acara perasmian tersebut menandakan pembukaan rasmi program tahunan berprestij yang menghimpunkan qari, qariah, hafiz dan hafizah terbaik dari seluruh negara untuk memperdengarkan bacaan serta hafazan al-Quran.

Kehadiran pengunjung yang turut memeriahkan MTHQK 2026 yang menjadi medan penting membentuk generasi menghayati al-Quran.
Beliau turut mengingatkan bahawa tilawah dan hafazan perlu disusuli dengan penghayatan menyeluruh agar nilai-nilai al-Quran dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian dan pembangunan negara.
Majlis yang berlangsung dari 13 hingga 18 April ini menjadi simbol komitmen berterusan dalam memperkasa syiar Islam, di samping melahirkan generasi al-Quran yang berakhlak dan berilmu.
-RI





