
Laporan/foto: Moses Stephen/Dr. Kamil (Kuching)/TVS
KUCHING, 15 April (MalaysiaAktif) – Sumbangan besar dalam memperkukuh identiti dan perpaduan rakyat Sarawak melalui karya seni meletakkan anak jati negeri ini, Dr. Kamil Salem sebagai antara tokoh kreatif yang memberi impak signifikan kepada masyarakat.

Tangkap layar rakaman klip video duet Kamil dan Fauziah Gambus dengan lagu Gurindam Jiwa yang disiarkan di TVS.
Antara hasil ciptaannya yang paling menonjol ialah lagu Sejiwa Senada yang menjadi simbol perpaduan masyarakat Sarawak, selain beberapa lagu berunsur kenegaraan seperti Sarawak Merdeka dalam Malaysia, Sarawak Bersatu Setia dan Sarawak Gemilang.
Berasal dari Kampung Ulu Semera, Sadong Jaya beliau mula memupuk minat dalam seni sejak usia muda melalui pidato, nyanyian, lakonan serta permainan alat muzik, termasuk alat ciptaannya sendiri.
Menurutnya, kejayaan dalam bidang seni tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata, sebaliknya perlu disokong dengan ilmu dan kemahiran tambahan.

Kamil (kiri) ketika rakaman bersama arwah Pak Ngah, semasa mengiringi lagu Dato Sarbanun Merican.
“Dalam bidang seni, pendidikan sangat penting. Generasi muda perlu menguasai ilmu pemasaran, teknologi serta memahami cara membawa karya ke pasaran. Mereka perlu berfikiran global dan tidak hanya melihat pasaran di peringkat tempatan,” ujarnya.
Kamil pernah mewakili Malaysia bersama komposer terkenal Pak Ngah Dato’ Suhaimi dalam program Vinculos Indonesia 2018 selain aktif dalam pelbagai festival muzik antarabangsa termasuk SIFMA International Festival of Music 2025 dan World Music Festival 2024.
-RJ-





