Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

KSN Tinjau Pemulihan Pasca Kebakaran SMU Darul Ulum Al-Muhammadiah

By 18 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar (Bachok)

BACHOK, 18 April (MalaysiaAktif) – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan keprihatinan Kerajaan MADANI dengan meninjau sendiri keadaan semasa serta perkembangan pemulihan pasca kebakaran di Sekolah Menengah Ugama (SMU) (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah, di sini hari ini.

Kejadian pada Ahad lepas (12 April) itu memusnahkan tiga blok akademik, asrama pelajar lelaki dan bilik penyelia tanpa melibatkan sebarang mangsa.

Dalam lawatan tersebut, Shamsul Azri menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 164 pelajar berjumlah RM41,000 menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan serta cek cura RM28,250 daripada Yayasan Didik Negara kepada sekolah.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut menyalurkan RM100,000 sebagai bantuan awal kerja pembersihan kawasan kebakaran.

Pengetua sekolah, Ahmad Norisham Ab Halim berkata pihaknya merakamkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan termasuk pengumuman RM500,000 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi kerja baik pulih kemudahan sekolah yang terjejas.

Sementara itu, ibu pelajar, Siti Noorashiyah Mustapa, 37, berkata bantuan tersebut memberi kelegaan kepada ibu bapa yang terkesan.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Aminuddin Hassim.

-FN

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda