
Laporan/foto: Ainah Liman (Keningau)
KENINGAU, 18 April (MalaysiAktif)–Program Destini SMJ Anak Muda Sabah digarap sebagai wadah penting bagi anak muda negeri ini berkongsi pandangan, idea serta aspirasi mengenai pelaksanaan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Diilhamkan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri Sabah, program berkenaan juga berperanan sebagai platform anak muda menyuarakan pandangan tentang isu pembangunan seperti infrastruktur, pendidikan dan pemerkasaan modal insan.
Pengarah Kolej Vokasional Keninga Lumang Lang berkata melalui dialog dua hala, pelajar diberi ruang mengemukakan pandangan dan cadangan bagi memperkukuh pelaksanaan SMJ.
“Pihak kolej sangat menghargai kesediaan dan sokongan IKRAR Jabatan Ketua Menteri Sabah yang sudi bekerjasama dengan Kolej Vokasional Keningau bagi menjayakan program sesi bual bicara yang berkait rapat dengan anak muda khususnya di kolej ini.
“Dialog terbuka bersama Datuk Azrul Ibrahim bukan sekadar pertemuan, tetapi wadah menyatukan suara dan aspirasi, demi memacu kemajuan Sabah khususnya dalam memperkasa sektor pendidikan.” katanya ketika merasmikan program itu di kolej berkenaan pada Rabu.
-RJ-





