Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sesi Libat Urus RPM 2026–2035 Perkukuh Hala Tuju Pendidikan Sipitang

By 19 April 2026April 20th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suhaime Sahirul (Sipitang)

SIPITANG, 19 April (MalaysiaAktif) – Sesi Libat Urus Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 menjadi platform penting memperkukuh pemahaman serta kerjasama pelbagai pihak bagi mendepani cabaran pendidikan masa depan.

Sesi berkenaan diadakan bagi merealisasikan agenda kementerian dalam melahirkan sistem pendidikan yang lebih berdaya saing termasuk di daerah Sipitang.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Henry Kenneth Lawrence berkata sesi tersebut berupaya meningkatkan pengetahuan mengenai pelaksanaan RPM di peringkat daerah.

“RPM ini mampu memastikan kelestarian pelan terdahulu terus berkesan serta diterjemahkan dalam mencapai sasaran melalui tujuh teras strategik,” katanya ketika menyampaikan taklimat di Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang, di sini pada Khamis.

Henry menjelaskan matlamat utama pelan tersebut adalah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai daya saing tinggi di peringkat global.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sipitang, Calvin Joe Jeafery menyifatkan sesi berkenaan sangat bermanfaat dalam meningkatkan kredibiliti hala tuju pendidikan negara.

“Langkah ini membantu ibu bapa membuat perancangan terbaik untuk masa depan anak-anak berdasarkan hala tuju pendidikan yang lebih berkualiti,” katanya.

Calvin turut menekankan kepentingan sokongan komuniti setempat dalam menjayakan setiap teras strategik yang telah digariskan dalam RPM 2026–2035.

-RJ-

Tinggalkan komen anda