Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Ikan Duri Salai Tradisional Belawai Tembusi Pasaran Luar Daerah

By 19 April 2026April 20th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Afiqah Morshidi/Yusuf Ahmad (Tanjung Manis)

BELAWAI, 19 April (MalaysiaAktif) – Produk ikan duri salai dari Kampung Tepi Laut Belawai kini berjaya menembusi pasaran luar daerah termasuk ke Sibu, Sarikei dan Kuching.

Kejayaan tersebut mencerminkan permintaan tinggi terhadap produk berasaskan warisan makanan tempatan yang dihasilkan melalui kaedah tradisional.

Rohani menunjukkan ikan duri yang telah siap disalai dan boleh dijual kepada pelanggan.

Menurut pengusaha, Rohani Rosli, 61, berkata penggunaan teknik penyalaian lama masih dikekalkan bagi memastikan kualiti produk berada pada tahap terbaik yang sekali gus menjadikan permintaan terhadap produk berkenaan semakin meningkat.

Beliau menjelaskan teknik tersebut mampu memberikan aroma asli yang menjadi identiti utama hasil perikanan hiliran di kawasan berkenaan.

“Proses penyalaian perlahan menggunakan bara api kayu terpilih mengambil masa antara empat hingga lima jam supaya ikan masak sekata serta mengekalkan kemanisan isinya.

“Kawalan suhu bara api yang konsisten juga menghasilkan haruman asap pada produk tanpa menjejaskan keaslian rasa ikan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Kebanyakan pelanggan juga katanya memilih produk tersebut kerana tekstur isinya yang tidak terlalu kering serta mempunyai keunikan rasa yang tersendiri.

Beliau berkata hasil pengeluaran dipasarkan mengikut gred saiz ikan duri bagi memenuhi permintaan pelanggan di pasaran serantau.

-RJ-

Tinggalkan komen anda