Skip to main content
Berita TempatanSarawak

11 Bakal Duyufurrahman Bahagian Sri Aman Diraikan

By 24 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / Foto : Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 24 April (MalaysiaAktif) — Seramai 11 bakal jemaah haji (duyufurrahman) dari Bahagian Sri Aman diraikan dalam Majlis Doa Kesyukuran di Masjid Bandar Sri Aman malam tadi, sebagai simbolik sokongan moral sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi musim haji 1447H.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Bandar Sri Aman, Azmi Morshidi, 62, berkata, selain persediaan mental dan fizikal, ketahanan rohani serta kesabaran yang tinggi adalah kunci utama dalam mendepani cabaran semasa melaksanakan rukun Islam kelima itu.

Beliau menegaskan bahawa terpilihnya 11 bakal duyufurrahman dari bahagian ini merupakan satu amanah besar yang menuntut setiap jemaah untuk memperbanyakkan amalan serta menjauhi perkara yang boleh menjejaskan kualiti ibadah.

“Saya menyeru kepada semua jemaah agar sentiasa menjaga ukhuwah sesama sendiri, saling membantu, dan yang paling penting, menjaga nama baik Bahagian Sri Aman serta negara.

“Kesabaran adalah bekalan paling utama di sana nanti kerana apabila berada di tengah-tengah jutaan umat manusia, ujian pasti akan tiba, namun dengan iman yang teguh dan adab yang terpelihara, segala kesulitan akan bertukar menjadi rahmat,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif selepas majlis tersebut.

Azmi turut menambah bahawa pihak pengurusan masjid akan sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan para jemaah dari kejauhan agar mereka beroleh kekuatan untuk menyempurnakan ibadah dengan tenang.

Majlis doa selamat tersebut merupakan inisiatif tahunan pihak masjid bagi meraikan penduduk setempat yang terpilih ke Tanah Suci, sekali gus menjadi platform buat masyarakat untuk memberikan sokongan moral kepada para jemaah sebelum tarikh keberangkatan mereka.

-RJ-

Tinggalkan komen anda