Skip to main content
SarawakBerita Tempatan

177 Organisasi Bukit Kota Terima Geran MRP

By 26 April 2026April 27th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman (Limbang)

LIMBANG, 26 April (MalaysiaAktif) – Sebanyak 177 organisasi di kawasan Bukit Kota menerima Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM468,000 dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kampung Bunga Raya, di sini kelmarin.

Penerima geran melibatkan pelbagai organisasi komuniti termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), rumah ibadat serta Tadika Perpaduan di sekitar daerah ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata penyaluran geran tersebut bertujuan memperkukuh peranan PIBG dan memperkasa pembangunan komuniti luar bandar.

“Gunakanlah peruntukan ini sebaik mungkin dan berhemah dengan penganjuran program yang memberi manfaat kepada ahli serta komuniti,” katanya ketika menyempurnakan majlis itu.

Menurut Abdul Rahman, kerajaan negeri Sarawak kekal komited dalam membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif pembangunan komuniti khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh penglibatan generasi muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi mendepani cabaran ekonomi masa hadapan.

Abdul Rahman menjelaskan usaha menarik minat golongan tersebut terhadap STEM kini difokuskan melalui penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian agar lebih praktikal.

-RJ-

Tinggalkan komen anda