Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorViral

92 Pesakit Menikmati Manfaat KK1M

By 15 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Mazlin Binti Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 14 November (MalaysiaAktif) – Seramai 92 pesakit telah mendapat manfaat daripada Karnival Klinik Katarak 1Malaysia (KK1M) Zon Selatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), pada 10 hingga 12 November yang lalu.

Menurut Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Besar Melaka, Dr Raja Norliza Raja Omar, Karnival KK1M yang bertujuan untuk memendekkan masa menunggu pesakit bagi pembedahan katarak ini bakal memberi impak yang besar terhadap penyampaian perkhidmatan hospital melalui Jabatan Oftalmologi.

Tambahnya, ketika ini masa menunggu untuk pembedahan katarak adalah selama 15 bulan yang melibatkan sekitar 1340 pesakit dan dijangka hanya dapat diselesaikan pada awal 2018.

Dr Raja turut mengingatkan bahawa sebahagian pesakit katarak adalah dalam kalangan individu yang hilang upaya dan memerlukan penjagaan rapi daripada pihak ketiga iaitu waris.

Sesi pembedahan yang memakan masa antara 15-20 minit untuk setiap pesakit ini telah melibatkan 16 Pakar Oftalmologi (doktor pakar), 15 Pegawai Perubatan (doktor) dan 31 paramedik (petugas klinikal) yang bertugas di HSNI.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Hj Izam Suleiman dan Pakar Perunding Oftalmologi, Dr Francesca Martina Vendargon.

– AH

Tinggalkan komen anda