Skip to main content
Berita TempatanSarawak

BBP Lundu Rai Hari Anggota Bomba Sedunia, Hargai Pengorbanan Wira Merah

By 4 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aishah Latip (Lundu)

LUNDU, 4 Mei (MalaysiaAktif) – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu meraikan Hari Anggota Bomba Sedunia melalui penganjuran perbarisan rasmi di pekarangan balai hari ini.

Ketua Balai BBP Lundu, PPgB Muhammad Hazijul Abdul Mujun berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa menekankan aspek kebajikan serta sokongan psikososial anggota melalui pelbagai inisiatif.

Beliau menjelaskan inisiatif tersebut merangkumi Kumpulan Wang Kebajikan Bomba (KWKB), Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (KOBOPEM) serta Persatuan Kebajikan JBPM.

“Usaha tersebut penting bagi memastikan kesejahteraan anggota dan keluarga sentiasa terpelihara di samping memperkukuh ketahanan mental serta motivasi warga kerja,” katanya ketika membacakan teks ucapan Ketua Pengarah Dato’ Sri Nor Hisham Mohammad.

Muhammad Hazijul turut menzahirkan kesyukuran atas peluang untuk terus melaksanakan amanah dalam perkhidmatan bomba dan penyelamat.

“Kita masih diberi kesempatan untuk terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan dengan semangat ‘KITA BOMBA’ yang menjadi tunjang budaya kerja jabatan.

Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut setiap 4 Mei merupakan tanda penghormatan kepada jasa dan pengorbanan anggota bomba di seluruh dunia.

-RJ-

Tinggalkan komen anda