Skip to main content
Berita TempatanSarawak

KIS Didik Murid Sekolah Rendah Amal Digital Beretika

By 6 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Daniel Parang (Limbang)

LIMBANG, 6 Mei (MalaysiaAktif) – Kempen Internet Selamat (KIS) menjadi medium penting dalam mendidik murid sekolah rendah mengenai penggunaan internet secara beretika, sekali gus meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan digital.

Semalam, seramai 175 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Limpaki menyertai program berkenaan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Guru Besar SK Limpaki Abdul Halim Suhaili berkata pendedahan tersebut penting bagi memastikan murid memahami adab ketika berada di alam maya.

Beliau menjelaskan usaha ini juga mampu membantu murid melindungi diri daripada sebarang ancaman siber.

“Program ini berupaya menimbulkan kesedaran tentang keselamatan digital dan memberi kefahaman mengenai cara melindungi maklumat peribadi.

“Murid turut belajar mengenal pasti tingkah laku buli siber serta cara melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Abdul Halim menyifatkan murid sekolah rendah sebagai kumpulan sasar yang perlu dididik supaya menggunakan internet secara selamat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda