
Laporan/foto: SitiHajar (Perak)/Kolej Komuniti Chenderoh
IPOH, 6 Mei (MalaysiaAktif) – Pasukan Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh Perak (PPCA@KKCP) mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila berjaya meraih tiga anugerah utama Best of Class dalam pertandingan Bali Salon Culinaire 2026 yang berlangsung di Bali Nusa Dua Convention Centre, di sini baru-baru ini.
PPCA@KKCP dalam satu kenyataan kelmarin berkata tiga anugerah utama yang dimenangi ialah Asian Curry, Vegan International dan Western Beef Main Course.
“PPCA@KKCP tampil membawa nama Malaysia dengan penuh bangga diwakili oleh dua pensyarah berkaliber iaitu Khairul Ashikhin Abdullah Suhami dan Shawal Fikri Sihab yang bertanding dalam kategori Professional Chef,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan penganjuran kali ini menyaksikan lebih 700 peserta dari pelbagai negara termasuk Taiwan, Korea Selatan, Filipina, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Kejayaan itu disifatkan institusi berkenaan sebagai bukan sekadar kemenangan, malah manifestasi dedikasi dan komitmen tinggi warga PCAA@KKCP dalam melahirkan graduan yang berdaya saing serta cemerlang dalam bidang kulinari.
-AA-





