Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kerajaan Negeri Perak Komited Sokong Usahawan Kecil, Sederhana

By 6 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman/Nur Haziqah Nabilah (Kerian)

KUALA KURAU, 6 Mei (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Perak komited untuk terus menyokong usahawan kecil dan sederhana di negeri itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi.

Beliau berkata langkah itu akan direalisasikan melalui pelbagai inisiatif serta bantuan yang bersesuaian.

“Usahawan merupakan tulang belakang kepada ekonomi komuniti. Sokongan berterusan perlu diberikan agar mereka terus berkembang dan mampu bersaing di pasaran yang lebih luas,” katanya ketika berucap pada Program Sembang Santai bersamanya di sini kelmarin memberi fokus kepada pembangunan usahawan tempatan khususnya dalam kalangan usahawan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Dalam sesi dialog, pelbagai isu diketengahkan termasuk akses kepada pembiayaan, pemasaran digital serta latihan kemahiran bagi meningkatkan daya saing produk tempatan.

Program itu turut membuka ruang kepada usahawan untuk berkongsi pengalaman, cabaran serta keperluan dalam mengembangkan perniagaan, sekali gus menjadi platform penting bagi memperkukuh jaringan antara usahawan dengan pihak kerajaan.

-AA

Tinggalkan komen anda