Skip to main content
Berita TempatanKISSarawak

Pelajar SMK Medamit Didedah Aspek Keselamatan Digital

By 7 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Randy Achang William (Limbang)

LIMBANG, 7 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 523 pelajar SMK Medamit didedahkan dengan aspek keselamatan digital menerusi Kempen Internet Selamat (KIS) bagi meningkatkan kesedaran mengenai perlindungan maklumat peribadi.

Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Miri itu turut memberi pendedahan tentang cara mengenal pasti berita palsu serta mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Pengetua Linda Liau berkata program sedemikian penting dalam membentuk literasi digital dalam kalangan pelajar khususnya di kawasan luar bandar.

“Kempen kelolaan MCMC Cawangan Miri di sekolah kami pada hari ini berupaya menimbulkan kesedaran tentang keselamatan digital dan memberi kefahaman mengenai cara melindungi maklumat peribadi,” katanya ketika berucap pada program tersebut, di sini hari ini.

Menurut Linda, kempen itu dapat memupuk sikap peka terhadap risiko dunia digital selain membina tingkah laku yang positif serta bertanggungjawab di alam maya.

Beliau menjelaskan proses pembelajaran pelajar juga akan menjadi lebih selamat apabila mereka tahu memilih laman web atau aplikasi pembelajaran yang sahih.

-RJ-

Tinggalkan komen anda