Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Baju Borih Bidayuh Simbol Identiti, Sumber Rezeki

By 8 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly/Jackson Abell (Bau)

BAU, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Di sebalik setiap helaian baju Borih Bidayuh yang dihasilkan, tersulam erat kisah warisan yang terus dipelihara daripada satu generasi ke generasi seterusnya.

Pakaian tradisional ini bukan sekadar busana, malah menjadi lambang identiti masyarakat Bidayuh yang kaya dengan nilai budaya, adat dan keunikan tersendiri.

Menerusi usaha pengusaha butik Nora Doit, 48, pembuatan baju Borih Bidayuh terus diberi nafas baharu tanpa menghilangkan keasliannya.

“Setiap rekaan dihasilkan dengan penuh ketelitian daripada pemilihan fabrik sehingga ke sulaman yang melambangkan kehalusan seni tempatan,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini semalam.

Menurut Nora, keindahan baju Borih menjadikannya semakin mendapat tempat dalam pelbagai acara kebudayaan selain dipakai ketika majlis rasmi serta perayaan.

Beliau menjelaskan jahitan warisan tersebut turut membuka ruang rezeki kepada komuniti setempat khususnya kepada tukang jahit kampung.

“Aktiviti pembuatan pakaian tradisional ini melibatkan ramai pihak seperti penjahit, pembekal kain, pengusaha aksesori serta peniaga kecil,” katanya.

Nora menambah rantaian tersebut secara tidak langsung membantu merancakkan ekonomi komuniti serta menyediakan peluang pendapatan berterusan.

Usaha ini juga memainkan peranan penting dalam memastikan generasi muda tidak melupakan akar budaya menerusi penglibatan dalam proses pembuatan serta pemakaian.

Penglibatan tersebut secara tidak langsung membolehkan nilai warisan terus dihayati sekali gus memupuk rasa bangga terhadap identiti sendiri dalam kalangan masyarakat Bidayuh.

-RJ-

Tinggalkan komen anda