Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Dana Projek Khas RM1.1 Juta Perkukuh Pembangunan Tasik Biru

By 8 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly/Felix Harus (Bau)

BAU, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Sebanyak RM1.1 juta dana Projek-projek Khas bagi suku kedua tahun ini disalurkan kepada 70 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru.

Penerima terdiri daripada pelbagai organisasi termasuk rumah ibadat, persatuan sukan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata bantuan tersebut bukan sahaja membantu pengurusan organisasi, malah menyokong pelaksanaan program pendidikan serta kemasyarakatan yang memberi manfaat langsung kepada penduduk.

“Dana ini diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk melaksanakan program yang memberi impak positif serta memperkukuh perpaduan masyarakat,” katanya dalam satu majlis yang berlangsung, di sini hari ini.

Beliau berkata sokongan kepada institusi pendidikan dan badan keagamaan penting bagi memastikan pembangunan kawasan dilaksanakan secara mampan serta inklusif.

-RJ-

Tinggalkan komen anda