Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Raja DiHilir Perak Berkenan Tunai Solat Jumaat di Perak Tengah

By 9 Mei 2026Mei 11th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Faisal (Perak Tengah)

SERI ISKANDAR, 9 Mei (MalaysiaAktif) – Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Yussuf Izzuddin Shah, di sini semalam.

Keberangkatan tiba Baginda disambut penuh hormat oleh para jemaah serta masyarakat setempat yang hadir.

Seusai menunaikan solat Jumaat, Baginda turut berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama ketua-ketua jabatan, penghulu serta kepimpinan daerah di Kediaman Orang Besar Jajahan (OBJ) Perak Tengah Toh Paduka Raja Mohd Noordin Ahmad Razali.

Raja Mohd Noordin merafak sembah atas kesudian Baginda bercemar duli berangkat ke daerah itu.

“Sesungguhnya keberangkatan tuanku bukan sahaja menyerikan majlis, malah menjadi sumber inspirasi dan lambang kasih sayang institusi diraja terhadap rakyat jelata.

“Kehadiran Tuanku memberi suntikan semangat kepada seluruh jentera pentadbiran daerah untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Perak,” katanya.

Beliau turut menzahirkan bahawa kehadiran Baginda sebagai simbol perpaduan yang memperkukuh hubungan antara raja dengan rakyat, di samping menyemarakkan syiar Islam di daerah Perak Tengah.

-AA-

Tinggalkan komen anda