Skip to main content
Berita TempatanSarawak

MDSA Pastikan Tapak Niaga Simanggang Bersih, Adil, Kondusif

By 10 Mei 2026Mei 11th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 10 Mei (MalaysiaAktif) – Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) memperketat tindakan penguatkuasaan di kawasan Tamu Harian Simanggang menerusi satu operasi khas pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua penjaja mematuhi peraturan penggunaan ruang niaga.

Operasi tersebut dilaksanakan susulan pemantauan yang mendapati masih terdapat segelintir penjaja menempah ruang niaga secara tidak sah tanpa kebenaran MDSA sekali gus menjejaskan hak peniaga lain.

Setiausaha MDSA, Rizal Zakaria berkata pihaknya sebelum ini telah memberikan ruang dan tempoh mencukupi kepada penjaja untuk mematuhi peraturan menerusi pelbagai pendekatan advokasi termasuk teguran lisan dan Notis Pemberitahuan.

“Meskipun pelbagai usaha pendidikan dilaksanakan, masih terdapat pihak yang gagal mematuhi arahan ditetapkan dan meneruskan aktiviti menempah ruang niaga tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Rizal menegaskan tindakan penguatkuasaan dan sitaan dilaksanakan serta-merta bagi memastikan peraturan Majlis dipatuhi sepenuhnya demi kepentingan semua pihak.

“Penguatkuasaan tersebut bukan bertujuan menyusahkan penjaja, sebaliknya bagi memastikan pengurusan tapak niaga di kawasan tamu dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, tersusun dan adil kepada semua peniaga berdaftar,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda