Skip to main content
Berita TempatanSabah

Nabawan, Pagalungan Terus Jadi Fokus Pembangunan

By 10 Mei 2026Mei 11th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlan Bakar/Sam Mansibu (Nabawan)

NABAWAN, 10 Mei (MalaysiaAktif) – Pembangunan menyeluruh daerah Nabawan dan daerah kecil Pagalungan terus menjadi keutamaan kerajaan negeri bagi memastikan kawasan pedalaman tidak tercicir daripada arus kemajuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata usaha tersebut merangkumi pembangunan fizikal serta aspek kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

“Antara perkara yang diberi perhatian termasuk isu pemilikan tanah dalam kalangan penduduk kampung yang telah lama mengusahakan tanah berkenaan.

“Kerajaan turut memfokuskan kepada penyediaan jaringan infrastruktur asas yang lebih sempurna di kedua-dua kawasan tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perayaan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan Tahun 2026,  di sini semalam.

Beliau berkata isu kebajikan masyarakat termasuk penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan sentiasa dipantau bagi memastikan manfaatnya sampai kepada golongan sasar.

“Begitu juga dengan kepentingan kebajikan anak-anak yang masih bersekolah untuk terus mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti sebagai aset masa depan,” katanya menambah pendidikan merupakan asas utama pembangunan generasi muda khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau menyeru semua pihak agar terus bekerjasama bagi memastikan pembangunan daerah dilaksanakan secara inklusif dan berterusan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda