Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Karnival Pendidikan Parlimen Gerik Buka Peluang Pendidikan, Kerjaya

By 11 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Senaying Ahud (Hulu Perak)

GERIK, 11 Mei (MalaysiaAktif) – Karnival Pendidikan Parlimen Gerik 2026 berjaya menghimpunkan pelbagai institusi pengajian tinggi, agensi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta penyedia bantuan pendidikan bagi memberi pendedahan kepada pelajar serta belia mengenai hala tuju pendidikan dan kerjaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak Dato’ Salbiah Mohamed, berkata penganjuran karnival itu menjadi jambatan penting kepada anak-anak Gerik untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai peluang pendidikan pengajian tinggi, kemahiran TVET dan bantuan kewangan pendidikan.

“Karnival ini diadakan khusus untuk anak-anak semua, sama ada cenderung ke arah akademik melalui Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) atau TVET. Semuanya tersedia di sini.

“Kerajaan negeri mahu memastikan tiada pelajar tercicir daripada melanjutkan pengajian hanya kerana kekangan kewangan,” katanya ketika berucap di Arena Dato’ Hasbullah, di sini kelmarin.

Salbiah juga berharap karnival seperti ini dapat menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan di kawasan Parlimen Gerik serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk berjaya dalam bidang akademik dan kemahiran.

Sementara itu, salah seorang pelajar Muhammad Mizar Asfar Mohd Hilmi, 17, berkata program ini sangat bermanfaat khususnya kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam membuat perancangan masa depan.

-RI

Tinggalkan komen anda