Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Keluarga Mangsa Dalam Ketakutan, Kediaman Dibaling Bom Petrol

By 12 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)/Facebook Liew Chin Tong

JOHOR BAHRU, 12 Mei (MalaysiaAktif) – Empat sekeluarga di Taman Bukit Indah di sini kini hidup dalam ketakutan apabila kediaman mereka diserang dan dibaling dengan bom petrol (molotov coctail) dalam tempoh dua hari berturut-turut yang dipercayai dilakukan oleh sindiket along.

Liew Chin Tong (tengah) meluangkan masa melawat keluarga mangsa serangan dibaling bom petrol yang menyebabkan kebakaran ke atas empat buah rumah berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Perling Liew Chin Tong, berkata modus operandi yang dilakukan kemungkinan telah didalangi oleh sindiket along dari negara jiran, Singapura.

“Sasaran bom petrol yang ditujukan ke atas salah sebuah rumah mangsa sahaja, tetapi api berkenaan merebak ke rumah jirannya dan menyebabkan berlakunya kebakaran dan memusnahkan bahagian hadapan rumah jiran.

“Jenayah ganas ini telah dilakukan pada 8 Mei dan kali kedua adalah pada 9 Mei dalam minggu yang sama dengan melakukan perbuatan yang sama sebelum ini tetapi kali kedua melibatkan tiga rumah jiran mangsa terkena,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Sindiket along dari Singapura telah menyasarkan serangan bom petrol ini dipercayai ditujukan kepada sebuah rumah, namun api berkenaan telah merebak kepada tiga buah rumah jiran.

Sementara itu, Liew Chin Tong yang juga Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, berkata penduduk setempat juga telah mengambil inisiatif sendiri dengan mewujudkan pasukan keselamatan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan turut menyalurkan peruntukan kebajikan kepada mangsa yang terlibat.

“Saya turut memuji tindakan Ketua Polis Balai Bukit Indah, Insp. Sudesshen John Michael Alvin yang bertindak pantas bagi menjalankan siasatan dan meningkatkan tahap keselamatan dan rondaan di kawasan perumahan ini,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda