Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kompleks Sukan Komuniti Pekan Dibuka Semula, Perkasa Aktiviti Belia dan Sukan

By 12 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin, Danial Adib Aiman (Pekan)

PEKAN, 12 Mei (MalaysiaAktif) – Pembukaan Semula Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Pekan memberi nafas baharu kepada pembangunan aktiviti belia dan sukan di daerah ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang Nor Azli Mohamad Daud yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia dan Sukan dan Badan-badan Bukan kerajaan Negeri Pahang Fadzli Mohamad Kamal ketika berucap menyempurnakan majlis, di sini semalam, berkata pembinaan Kompleks Sukan Komuniti yang telah lama tertangguh berjaya disiapkan pada November tahun lalu.

Azora (kiri) bergandingan dengan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pahang dalam pertandingan persahabatan bola pikel.

“Kompleks ini amat penting bagi memberikan kemudahan untuk masyarakat menjalankan aktiviti sukan dan secara tidak langsung akan membentuk golongan masyarakat yang sihat,” katanya.

Majlis yang menghimpunkan penggiat sukan bola jaring, bola tampar dan boleh pikel itu turut menyaksikan penyerahan siap projek Kompleks Sukan Komuniti Pekan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada JBS Negeri Pahang.

Turut diadakan penyerahan sijil pendaftaran Persatuan Pickleball Daerah Pekan sebagai usaha mengembangkan sukan baharu yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Pembukaan semula kompleks ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan komuniti serta mengeratkan hubungan masyarakat setempat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti riadah.

Turut hadir Pegawai Daerah Pekan Azora@Ahmad Shamsuddin.

-RI

Tinggalkan komen anda