Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Dekati Komuniti Luar Bandar di Subis

By 16 Mei 2026Mei 18th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Melina Kelali (Niah)

NIAH, 16 Mei (MalaysiaAktif) – Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Daerah Subis 2026 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sepupuk berjaya menghimpunkan penduduk sekitar Niah dan Bekenu dalam usaha memperkukuh kesedaran komuniti terhadap bahaya penyalahgunaan dadah dan gejala sosial.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato Lukanisman Awang Sauni ketika berucap pada majlis penutupan hari ini berkata, program sedemikian mampu menjadi medium terbaik untuk mendekati masyarakat khususnya golongan belia mengenai bahaya dadah dan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kerjasama antara agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat amat penting bagi memastikan komuniti terus bebas daripada ancaman dadah dan gejala sosial khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Rawatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ahmad Fikri Ariff Muhanad Fuat yang mewakili Pengarah AADK Sarawak berkata, penganjuran program tersebut bertujuan memperluas akses komuniti terhadap perkhidmatan bantuan dan sokongan.

“Program ini bertujuan mendekatkan perkhidmatan AADK kepada komuniti supaya masyarakat dapat mengakses bantuan pencegahan, rawatan dan sokongan tanpa halangan,” jelasnya.

Beliau turut berharap pendekatan turun padang dan penglibatan komuniti secara langsung dapat memperkukuh usaha melahirkan masyarakat yang lebih peka terhadap bahaya penyalahgunaan dadah.

-RJ-

Tinggalkan komen anda