
Laporan/Foto: Norhafiezah Abd Aziz/Stephen Jipolin Jouti/Abang Taufik Abang Razali (Penampang)
PENAMPANG, 17 Mei (MalaysiaAktif)– Penglibatan golongan belia dalam sukan tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang tahun ini menunjukkan peningkatan ketara.
Ketua Jawatankuasa Sukan Tradisi, Nelly Roni berkata perkembangan itu membuktikan sukan tradisi masih relevan dan mampu menarik minat generasi muda jika diberi ruang serta pendedahan berterusan.
“Penglibatan aktif belia sepanjang acara berlangsung amat membanggakan dan menjadi petanda positif kepada kelangsungan sukan tradisi
“Antara sukan ikonik yang mendapat sambutan ialah Monungkava Kalabau, Manandus, Monopuk, Momolositik dan Mipulos,” katanya ketika ditemui sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang 2026, pada Sabtu.
Di samping itu, penganjur berharap momentum penyertaan belia dapat diteruskan bagi memastikan sukan tradisi kekal relevan dan tidak dilupakan generasi akan datang.
“Acara ini secara tidak langsung berfungsi sebagai jambatan budaya yang menghubungkan generasi lama dan baharu demi memelihara identiti unik Sabah,” ujarnya.
-RJ-





