Skip to main content
Berita TempatanSabah

PPK Tuaran Anjur 12 Siri Jualan Agro Madani Setahun

By 20 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Suhaila Batun (Tuaran)

TUARAN, 20 Mei (MalaysiaAktif)– Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran akan menganjurkan Program Jualan Agro Madani (JAM) sebanyak 12 kali setahun dengan setiap siri berlangsung selama dua hari.

Timbalan Penolong Pengurus Besar PPK Tuaran, Mohd Hanafi Raplis berkata selain jualan biasa, jualan berskala besar akan turut dianjurkan mengikut keperluan dan permintaan semasa program.

“Program kali ini menawarkan lima tan beras, 200 papan telur dan 300 kilogram ayam kepada penduduk sekitar daerah Tuaran dan kawasan berhampiran.

“JAM dilaksanakan khusus untuk membantu golongan B40 mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah dan mampu milik,” katanya ketika ditemui semasa Program Jualan Agro Madani di perkarangan pejabat PPK Tuaran, pada hari ini.

Program dua hari yang dianjurkan bermula Selasa itu berjaya menarik kehadiran 400 pengunjung dari Tuaran dan kawasan berhampiran.

Sementara itu, pengunjung Kampung Bulieng, Rini Jahap, 33, berkata program tersebut amat membantu penduduk kerana menawarkan harga barang yang jauh lebih murah berbanding pasaran biasa.

“Beras yang dijual juga lebih sedap, bersih dan wangi kerana merupakan produk tempatan,” ujarnya.

Beliau berharap program JAM dapat diteruskan serta diperluaskan dengan penambahan lebih banyak barangan keperluan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian penduduk.

-RJ-

Tinggalkan komen anda