Skip to main content
Berita TempatanSabah

Mangsa Banjir Ditempatkan di PPK Selagon

By 20 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sukarni Asun (Beaufort)

BEAUFORT, 20 Mei (MalaysiaAktif) – Pusat Penempatan Kekal (PPK) Selagon menempatkan 324 mangsa banjir daripada 113 keluarga setakat jam 4.00 petang hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohd Hairul Musli @ Maili berkata, operasi pengurusan banjir dilaksanakan secara bersepadu membabitkan beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Banjir di daerah Beaufort sering berlaku susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan paras air sungai terutama Sungai Padas meningkat sebelum melimpah ke kawasan rendah.

“Daerah Beaufort merupakan kawasan berbentuk lembah yang menerima aliran air dalam jumlah besar dari kawasan hulu seperti Tenom, Keningau dan Tambunan.

“Keadaan ini menyebabkan daerah Beaufort menerima lebihan air dengan kadar yang banyak dan menyebabkan kenaikan paras air Sungai Padas dengan cepat yang menyebabkan kawasan rendah dinaiki air,” katanya Ketika ditemui di PPK Selagon, hari ini.

Menurut beliau, pusat berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk tandas, bilik mandi, ruang khemah, surau serta kemudahan internet bagi keselesaan mangsa.

Beberapa agensi turut ditempatkan di pusat ini sepanjang operasi banjir antaranya PDRM, JBPM, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RELA dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

-RJ-

Tinggalkan komen anda