Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

761 Anak eKasih Cemerlang SPM Terima Komputer Riba

By 23 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aiman Alimin (Kelantan)

KOTA BHARU, 23 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 761 anak-anak eKasih cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di seluruh Kelantan menerima sumbangan komputer riba dan bantuan awal ke institusi pengajian tinggi (IPT) melalui Program Sumbangan Komputer Riba dan Bantuan Awal IPT, sekali gus memperlihatkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa pendidikan sebagai pemangkin mobiliti sosial rakyat.

Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata inisiatif Sejahtera MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan dalam kalangan isi rumah miskin dan miskin tegar berdaftar eKasih.

“Nilai MADANI memberi penekanan kepada pembangunan berasaskan akhlak, walau sesiapa pun kita jika kita tidak mempunyai nilai hormat, ihsan dan kasih sayang ianya tidak memberikan makna kepada kita,” katanya ketika berucap di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU JPM Kelantan), Dr. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail, berkata program seumpama ini dapat memastikan pelajar cemerlang daripada keluarga kurang berkemampuan tidak tercicir peluang melanjutkan pengajian.

“Bantuan ini bukan sekadar sokongan material, malah dorongan awal untuk mereka melangkah ke IPT dengan lebih yakin,” katanya.

Program ini diharap menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa generasi muda Kelantan melalui pendidikan, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk mereka mencapai kejayaan dan masa depan yang lebih baik.

-AA-

Tinggalkan komen anda