Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Inisiatif Tenaga Solar Perkukuh Pembangunan Komuniti Kampung Badak

By 23 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar (Bachok)

BACHOK, 23 Mei (MalaysiaAktif) – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meneruskan usaha memperkukuh pembangunan komuniti luar bandar menerusi pelaksanaan Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI) di Masjid An Nur, Kampung Badak, di sini hari ini.

Program berkenaan disantuni Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Nor Afifah Abdul Razak, dengan membawa pelbagai inisiatif berimpak tinggi kepada masyarakat setempat antaranya  pemasangan sistem tenaga solar di Masjid An Nur melibatkan kos sebanyak RM50,000.

“Pelaksanaan sistem ini memberi manfaat dari segi pengurangan bil elektrik, penjimatan dana pengurusan masjid serta menyokong penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang mesra alam,” katanya.

Menurut beliau, kerja pemasangan yang dilaksanakan oleh kontraktor tempatan bermula April lalu dan siap sepenuhnya pada pertengahan Mei 2026, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Dalam perkembangan berkaitan, Koperasi Kariah Masjid An Nur Mukim Badak Berhad berjaya ditubuhkan dan didaftarkan pada 6 Mac 2026, sekali gus membuka lembaran baharu kepada pembangunan ekonomi komuniti melalui aktiviti koperasi.

Program turut diserikan dengan Jualan MADANI Koperasi (JMK) yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah, selain sumbangan zakat oleh Bank Rakyat kepada 100 golongan asnaf di Kampung Badak.

Program Santuni MADANI ini mencerminkan pendekatan libat urus langsung kerajaan dalam menyampaikan manfaat yang lebih berfokus kepada rakyat luar bandar.

-AA-

Tinggalkan komen anda