Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kerjasama Sekolah, Ibu Bapa, Komuniti Pacu Kecemerlangan Pendidikan Limbang

By 24 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Muhamad Rizal Sabtu (Limbang)

LIMBANG, 24 Mei (MalaysiaAktif) – Kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti disifatkan sebagai pemangkin utama dalam meningkatkan prestasi serta memacu kecemerlangan pendidikan di daerah ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dr Abdul Rahman Ismail berkata sokongan berterusan semua pihak penting dalam mewujudkan ekosistem pendidikan yang kondusif.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja serta pertemuan bersama warga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Limbang semalam.

According to Abdul Rahman, kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap penyediaan prasarana bagi memastikan murid di bandar dan luar bandar menikmati peluang seimbang.

“Usaha ini penting bagi memastikan murid di kawasan bandar dan luar bandar dapat menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, kondusif dan berkualiti,” katanya.

Beliau menjelaskan peningkatan aksesibiliti di kawasan itu telah membuka lebih banyak peluang pembangunan serta memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada penduduk setempat.

Beliau turut menegaskan cabaran seterusnya adalah untuk menarik lebih ramai pelajar menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta bidang sains.

Menurut Abdul Rahman, penglibatan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat penting bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi selaras keperluan industri.

Dalam lawatan tersebut, Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Siti Meriam Salleh menyampaikan taklimat komprehensif berkaitan pelbagai aspek pembangunan pendidikan di daerah berkenaan.

Taklimat tersebut merangkumi laporan projek, pengisian program serta pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah-sekolah di bawah seliaan PPD Limbang sepanjang tahun 2025.

-RJ-

Tinggalkan komen anda