Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Monica Sunta Menang Motosikal, Mahu Hadiah Kepada Keluarga

By 25 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly/Eddie Alan Blanking (Bau)

BAU, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Pelajar Kolej Cyberjaya Kuching Monica Sunta diumumkan sebagai pemenang hadiah utama sebuah motosikal sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Sarawak di Bau, kelmarin.

Monica, 19, dari Sibu berkata kunjungan pertamanya ke Bau menjadi pengalaman bermakna apabila berjaya membawa pulang hadiah utama tersebut.

“Saya tidak sangka menang hadiah utama ini kerana ini kali pertama saya datang ke Bau,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Menurut Monica, kemenangan itu bakal memberi manfaat besar kepada keluarganya di kampung yang masih belum mempunyai kenderaan sendiri.

“Saya mahu hadiahkan motosikal ini kepada keluarga kerana kami belum mempunyai kenderaan sendiri dan saya berharap ia dapat membantu mereka,” ujarnya.

Monica turut berharap program belia seperti HBN diteruskan kerana mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan muda untuk terus maju.

Sambutan HBN 2026 Peringkat Sarawak di Bau berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian melibatkan penyertaan belia dari seluruh negeri.

-RJ-

Tinggalkan komen anda