Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pelbagai Inisiatif Kerajaan Pacu Pembangunan Belia

By 25 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap pembangunan belia melalui pelbagai inisiatif yang inklusif dan progresif.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata antara dilaksanakan kerajaan adalah peluncuran Rakan Muda MADANI dan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035.

“Pelan tindakan ini menetapkan tujuh teras utama dalam memperkasakan golongan belia serta membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan belia terus diperkasa.

“Belia hari ini perlu mengambil peluang untuk memanfaatkan pelbagai inisiatif dan kemudahan yang disediakan, seterusnya mengembangkan bakat serta potensi diri demi mencapai kejayaan yang lebih bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Dataran Lok 9, di sini, kelmarin.

Menurut beliau, berdasarkan data Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Negeri Perlis mempunyai kira-kira 96,200 orang belia yang merupakan aset penting kepada pembangunan negeri.

“Jumlah ini bukan sekadar angka, malah mencerminkan kekuatan generasi muda yang berpotensi besar untuk memacu kemajuan dan kemakmuran Perlis ke tahap lebih cemerlang sekiranya dibangunkan secara holistik dan berkesan.

“Saya yakin dan percaya, belia Negeri Perlis merupakan belia kelas pertama bukan sahaja pada tindakan dan pencapaian, tetapi terutama sekali dalam pemikiran,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda