Skip to main content
Berita TempatanSabah

JAPEN Sabah Rangkul Dua Anugerah Emas Kinabalu Press Award 2026

By 36 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Fauzrina Bulka & Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 14 Jun (MalaysiaAktif)– Ternyata benar rezeki tidak pernah mengkhianati usaha melalui kejayaan Jabatan Penerangan Sabah merangkul dua anugerah emas pada Kinabalu Press Award 2026.

Selepas empat tahun berusaha menghantar penyertaan, agak mengejutkan buat wartawan Hamidah Len ketika namanya diumumkan melalui Kategori Kewartawan Sukan kategori Bahasa Malaysia.

“Saya tidak menjangkakan kemenangan ini dan kehadiran malam tadi sekadar untuk berjumpa dan bertanya khabar rakan-rakan media yang lain.

“Apabila diumumkan, saya sangat bersyukur dan berharap lebih ramai anggota jabatan diberi pendedahan dan peluang untuk menyertai pertandingan seumpamanya kerana saya yakin ramai yang berbakat dalam bidang penulisan,” ujarnya selepas majlis berkenaan semalam.

Manakala jurufoto, Marusin Minuddin pula memenangi kategori emas bagi Anugerah Gambar Terbaik dengan mempertaruhkan foto persembahan simulasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamat tebusan di perairan semporna sempena Pesta Regata Lepa 2025.

“Ini merupakan kali pertama saya naik ke pentas dan perasaan ketika itu sukar digambarkan kerana sebenarnya saya langsung tidak bersedia.

“Persaingan sangat sengit setiap tahun kerana Sabah mempunyai ramai jurufoto berbakat, tetapi bila nama saya diumumkan saya bersyukur kerana ini sumbangan kecil saya untuk jabatan.

“Saya juga berharap rakan-rakan jurufoto khasnya dari jabatan tidak berputus asa untuk terus menghasilkan karya-karya terbaik dan seterusnya bersama-sama mengharunkan nama Jabatan Penerangan,” kata Marusin.

-RJ-

Tinggalkan komen anda