
Laporan/foto: Mohamad Norhasmin (Sibu)
SIBU, 14 Jun (MalaysiaAktif) – Penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bawah umur 16 tahun adalah sangat tidak sesuai.
Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cawangan Sibu, Audrey Gerry berkata ia boleh mendatangkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan kepada golongan itu.
“…terutamanya ancaman jenayah siber serta gejala buli siber yang semakin membimbangkan ketika ini,” katanya pada Program Isu dan Perbahasan Interaktif Bersama Komuniti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pelawan, di sini semalam.
Penganjuran aktiviti tersebut memfokuskan kepada golongan remaja terhadap ancaman jenayah siber serta gejala buli siber yang semakin membimbangkan ketika ini.
Program itu mendapat penyertaan menggalakkan daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Sibu, ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan penduduk setempat.
Seorang pelajar, Aiman Asyraf, 16, berkata program tersebut memberi pendedahan berguna mengenai cabaran dunia digital yang dihadapi golongan muda.
-RJ-





