Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Cafe Kopi 4×4: Minat, Sokongan Bapa Cetus Kejayaan

By 6 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir (Pontian)

PONTIAN, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Cafe Kopi 4×4 yang mula beroperasi pada Mei 2023 kini berkembang menjadi destinasi pilihan pengunjung di Pontian dengan menawarkan gabungan kafe, kolam mandi dan homestay, hasil minat mendalam seorang anak terhadap bidang perniagaan serta sokongan penuh bapa dan keluarganya.

Muhamad Afif Khairul, 28, menjelaskan bapanya memberi sokongan kepadanya menceburi bidang keusahawanan selepas menimba pengalaman membantu perniagaan keluarga selama lebih setahun dan bekerja selama dua tahun di sebuah syarikat francais terkemuka negara dalam bahagian kafe.

Suasana santai di kafe menjadi lokasi pilihan bagi penganjuran Program JIWA@Komuniti MADANI (Sembang Santai) yang melibatkan Pejabat Penerangan Daerah Pontian bersama Komuniti MADANI Kampung Parit Puteri Menangis.

“Pada peringkat awal, kami hanya memberi tumpuan kepada perniagaan kafe. Namun apabila sambutan semakin baik, kami mengambil keputusan untuk menambah kemudahan kolam mandi dan homestay bagi memenuhi keperluan pengunjung,” katanya kepada Malaysia Aktif, baru-baru ini.

Tambah beliau, kursus keusahawanan selama tiga bulan anjuran Jabatan Belia dan Sukan di Pasir Gudang turut memberinya pendedahan mengenai pengurusan dan operasi perniagaan, sekali gus membantunya mengendalikan kafe dengan lebih berkesan.

Sementara itu, Khairul berkongsi bahawa minatnya dalam aktiviti pacuan empat roda (4×4) yang sering disertainya di seluruh negara membantu memperkenalkan Cafe Kopi 4×4 kepada rakan-rakan dalam komuniti tersebut, yang kemudiannya berkunjung dan mempromosikan lokasi itu kepada orang ramai.

Menurutnya, hebahan menerusi media sosial turut memainkan peranan penting sehingga Cafe Kopi 4×4 semakin dikenali dan menjadi antara lokasi pilihan untuk aktiviti riadah keluarga serta penganjuran program komuniti di daerah ini.

Kafe ini turut menjadi lokasi pilihan penganjuran Program JIWA@Komuniti MADANI (Sembang Santai) yang berlangsung semalam, melibatkan Pejabat Penerangan Daerah Pontian bersama Komuniti MADANI Kampung Parit Puteri Menangis.

-RI

Tinggalkan komen anda