Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

YKN Galak NGO, Korporat Salur Sumbangan Melalui Anjung Singgah Perak

By 17 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: SitiHajar (Perak)/Yayasan Kebajikan Negara Malaysia

IPOH, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyarankan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan orang ramai supaya menyalurkan sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di bandar raya ini melalui Anjung Singgah Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron berkata langkah itu bagi mengelakkan berlakunya pertindihan bantuan, pembaziran makanan dan isu kebersihan akibat kaedah agihan sebelum ini yang tidak diselaraskan.

“Pelaksanaan Anjung Singgah Perak sebagai pusat sehenti agihan makanan bukan sahaja memperkemas penyelarasan bantuan, malah membolehkan kita memahami keperluan sebenar golongan sasar dengan lebih menyeluruh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata penyelarasan itu juga dapat membantu pihak berkuasa mengenal pasti profil, keperluan dan latar belakang golongan gelandangan di Ipoh.

Menurutnya, maklumat yang diperoleh akan menjadi rujukan penting dalam memperkukuh program intervensi sosial serta menyokong usaha jangka panjang bagi membantu golongan tersebut menjalani kehidupan yang lebih stabil dan berdikari.

YKN mengalu-alukan tajaan makanan, sumbangan keperluan asas atau khidmat sukarelawan daripada pelbagai pihak yang akan dikendalikan setiap hari bermula 8 hingga 11 malam di hadapan premis Anjung Singgah Perak.

Program dengan sokongan kerajaan negeri itu dilaksanakan secara kolaboratif bersama pelbagai agensi bagi memastikan bantuan disalurkan secara lebih tersusun, sistematik dan berkesan.

-FN

Tinggalkan komen anda