Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Penantian 44 Tahun Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara Berakhir

By 36 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Muhammad Afiq/Naqiah Abdul Malik (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Penantian selama 44 tahun penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara berakhir apabila berjaya mendapat perumahan yang dijanjikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang juga Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh Tseow Suan berkata pembangunan perumahan ini membuktikan bahawa keperluan rakyat dan pemeliharaan alam sekitar boleh dilaksanakan secara seiring melalui pendekatan yang mengutamakan kepentingan awam dan kesejahteraan komuniti.

“Sejak tahun 2018, saya bersama penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail, Friends of Bukit Kiara (FOBK), wakil komuniti dan pelbagai pihak berkepentingan telah memperjuangkan penyelesaian untuk memastikan penduduk mendapat perumahan yang bermaruah tanpa mengorbankan pemeliharaan Taman Rimba Kiara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal Bagi Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, di Tapak Rumah Panjang Bukit Kiara, di sini semalam.

Hannah ketika menyampaikan ucapan aluan.

Katanya lagi, penyelesaian yang dicapai bukan berlaku dalam sehari.

“Ia merupakan hasil pelbagai siri perbincangan, rundingan dan mesyuarat yang melibatkan pelbagai pihak selama bertahun-tahun bagi mencari jalan penyelesaian yang dapat diterima semua pihak.

“Pendekatan berasaskan konsensus inilah yang akhirnya membolehkan satu penyelesaian yang adil dan mampan dicapai,” ujarnya.

Dalam pada itu wakil komuniti Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Abdul Jabar Ahmad Junid, 58,  menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Hannah kerana merealiasasikan impian penduduk untuk memiliki kediaman dan kesinambungan kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang.

-RI

Tinggalkan komen anda