Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Gotong-Royong Komuniti MADANI Pupuk Semangat Tanggungjawab Bersama

By 1 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kalaimani Munian/Norfatihah Abd Jamin (Kinta)

IPOH, 6 Jul (MalaysiaAktif) – Program gotong-royong bersama penduduk perlu sentiasa diadakan bagi menyemai semangat kebersamaan serta menggalakkan penduduk berganding bahu dalam memastikan kawasan tempat tinggal sentiasa bersih, ceria dan selamat, kata Ketua Kampung Tersusun Tawas Tambahan Halil Aspawi Hassan.

“Gotong-royong bukan sekadar mencantikkan kawasan persekitaran, malah ia turut mewujudkan komuniti yang prihatin serta memikul tanggungjawab bersama demi kesejahteraan penduduk,” katanya.

Peserta berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran bagi menceriakan dan mengekalkan kebersihan komuniti.

Beliau berkata demikian pada Program JIWA@Sembang Komuniti MADANI Bercham A dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini kelmarin.

Program gotong-royong bersama penduduk setempat di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Tawas Tambahan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk pelbagai kaum yang bersama-sama membersihkan dan menceriakan kawasan persekitaran sebagai tanda sokongan terhadap amalan hidup bermasyarakat.

Penduduk yang hadir juga diberikan penerangan secara langsung mengenai dasar dan inisiatif kerajaan antaranya pelaksanaan BUDI Diesel, pemberian Baucar Buku MADANI, Pasport Malaysia versi baharu serta pengecualian caj RM1 bagi pengeluaran wang tunai di mesin juruwang automatik (ATM).

-RI

Tinggalkan komen anda