
Oleh Pradeep Kumar & Syed Hisham
PUTRAJAYA, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh sebentar tadi merasmikan majlis pra pelancaran Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2015 di Dewan Zaaba Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dalam ucapannya, Idris berkata PECIPTA mampu menjadi platform untuk mentransformasikan keupayaan merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
Beliau berkata, dengan bertemakan “Inovasi Hari Ini Untuk Esok” (Innovating Today for Tomorrow), program ini dilihat dapat mengembangkan bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D) di Malaysia secara lebih pesat.
PECIPTA menyasarkan antara 400 hingga 450 penyertaan dari dalam dan luar negara bagi tahun ini.
Kira-kira 400 orang menghadiri majlis pra pelancaran ini termasuk Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan, naib canselor Institut pengajian tinggi awam dan swasta, pensyarah dan penyelidik.