Skip to main content
HomeViral

Najib Agih Bubur Lambuk di Festival Ramadan Putrajaya

By 18 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Syed Hisyam dan Pradeeb Kumar

PUTRAJAYA, 18 Jun (Malaysiaaktif) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi membantu mengagihkan bubur lambuk dan buah kurma kepada orang ramai di sekitar Kompleks Perbadanan Putrajaya sempena Festival Ramadan 2015.

Sebanyak 350 bungkusan bubur lambuk dan 1,000 kotak buah kurma diedarkan.

 

20150618021527 (2)

 

Untuk festival tahun ini, Perbadanan Putrajaya menyediakan lebih 200 ruang gerai untuk bazaar Ramadan bagi menjual pelbagai juadah dan minuman berbuka puasa.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang festival yang bermula dari hari ini hingga 16 Julai, termasuk jualan barangan raya, ceramah agama, expo Mega Raya dan Panjut Komuniti.

Petang ini dalam cuaca yang amat menyenangkan, suasana Kiblat Walk, di mana festival ini berlangsung sungguh meriah dengan orang ramai membanjiri sekitar kawasan.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

 

20150618021527

Tinggalkan komen anda