Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Teruja Dapat Beg, Batrisyianan Anne Azam Untuk Berjaya

By 5 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad

MUKAH (SARAWAK),  5 Jan (Malaysiaaktif) — Batrisyianan Anne binti Kilai, 8 tahun, antara lima orang murid anak yatim di Sekolah Kebangsaan Kampung Tellian yang menerima sumbangan beg sekolah baharu daripada Focal Person Mukah melalui Projek Beg Sekolah (PBS).

Sumbangan disampaikan oleh wakil syarikat Focal Person, Nur Amysha Abdullah semasa pendaftaran sesi persekolahan 2017 di sekolah berkenaan pada Selasa.

Menurut Amysha, PBS bertujuan membantu pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan untuk membeli beg sekolah bagi menghadapi sesi persekolahan 2017.

Selain beg sekolah pihak PIBG turut menyumbang sepasang baju sekolah kepada lima murid tersebut.

Bapa kepada Batrisyianan Anne Kilai bin Sukup yang ditemui Malaysiaaktif selepas menerima sumbangan tersebut berkata, beliau berterima kasih kepada pihak penganjur di atas usaha membantu meringankan beban beliau.

Dalam pada itu, beliau berharap mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan agar merangkumi murid-murid lain yang memerlukan juga.

Sementara itu, adik Batrisyianan Anne berkata dia akan menjaga beg itu sebaik-baiknya kerana ini kenangan pertama baginya memandangkan dia belum pernah menerima apa-apa sumbangan daripada sesiapa.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada Nur Amysha dan kepada guru yang membantu mengusahakan inisiatif tersebut.

Di sebalik penerimaan itu anak kecil ini menyatakan bahawa dia akan belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang berguna dan pandai.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda