Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pembinaan Jalan Parit Jambi Fasa Pertama Kini Dibuka

By 7 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh: Lim Sey Ken (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Pembinaan Jalan Parit Jambi fasa pertama sepanjang 4.2 km yang menghubungkan Jalan Mukim Linau dan Mukim Tanjung Semberong dibuka secara rasmi semalam.

Bagi Penghulu Mukim Linau, Mohamad Azri Treseno, dia bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat.

Turut berkongsi pendapat yang sama, Penghulu Mukim Tanjung Semberong, Mohamad Azar Aziz, berharap projek fasa kedua dapat dijalankan tidak lama lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha berkata, lebih tiga ribu penduduk di sini akan mendapat memberi faedah apabila projek fasa kedua sepanjang 6.2 km yang dijangka bermula pada akhir tahun ini siap kelak.

Menurutnya, projek jalan dengan kos RM17 juta ini bukan sahaja akan memendekkan jarak, malah menjimatkan masa pengguna dan memberi impak ekonomi yang berkesan kepada penduduk tempatan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi memaklumkan bahawa Jalan Bindu di kawasan Sri Gading akan turut dinaik taraf.

– AH

Tinggalkan komen anda